Kemahiran Komunikasi - Jenis Komunikasi

Terdapat beberapa jenis komunikasi:
1.komunikasi bukan verbal

Komunikasi bukan verbal ialah komunikasi yang melibatkan eksperesi anggota badan dan sering berlaku secara serentak dalam komunikasi lisan. antara aspek-aspek dan pengaruh komunikasi verbal meliputi beberapa hal iaitu ekspresi wajah, pandangan mata, sentuhan, gaya tubuh dan gaya berjalan, gerak isyarat dan proksemik.





    2. komunikasi bertulis


    Komunikasi bertulis pula ialah komunikasi yang diolah dalam bentuk penulisan sama ada rakaman idea, pandangan atau pendapat yang berbentuk grafik atau bertulis. tujuannya adalah untuk menyalurkan mesej, berhubung atau berkongsi maklumat. kelebihan komunikasi bertulis ialah kekal dan boleh disimpan untuk kegunaan masa hadapan.





    3. komunikasi lisan

    komunikasi lisan ialah komunikasi menggunakan kata-kata. Alat utama komunikasi lisan ialah bahasa. Bahasa yang efektif dan baik, padat dan jelas dalam menyampaikan pendapat atau perasaan dengan sopan adalah kunci pada komunikasi lisan yang baik. komunikasi lisan dipengaruhi oleh beberapa aspek iaitu, perbendaharaan kata, kelajuan, intonasi, humor, singkat dan jelas.















    jom...like...like...like..ok..tq..=)

    5 comments:

    Assalamualaikum & salam sejahtera....
    dah baca.....so, tinggalkan komen anda...
    ok...terima kasih...=)

    ♥ copyright 2011/2012 pdgadisperantau ♥